Sistem peredaran darah atau sistem kardiovaskular adalah suatu sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke dan
dari sel. Sistem ini juga menolong stabilisasi suhu dan pH tubuh (bagian dari
homeostasis).
Ada dua jenis sistem peredaran darah:
1. sistem peredaran darah terbuka
2. sistem peredaran darah tertutup
Sistem peredaran darah, yang merupakan juga bagian dari kinerja
jantung dan jaringan pembuluh darah (sistem kardiovaskuler) dibentuk. Sistem
ini menjamin kelangsungan hidup organisme, didukung oleh metabolisme setiap sel
dalam tubuh dan mempertahankan sifat kimia dan fisiologis cairan tubuh.
Pertama, darah mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel dan karbon
dioksida dalam arah yang berlawanan (lihat respirasi).
Kedua, yang diangkut dari nutrisi yang berasal pencernaan seperti
lemak, gula dan protein dari saluran pencernaan dalam jaringan masing-masing
untuk mengonsumsi, sesuai dengan kebutuhan mereka, diproses atau disimpan.
Metabolit yang dihasilkan atau produk limbah (seperti urea atau
asam urat) yang kemudian diangkut ke jaringan lain atau organ-organ ekskresi
(ginjal dan usus besar). Juga mendistribusikan darah seperti hormon, sel-sel
kekebalan tubuh dan bagian-bagian dari sistem pembekuan dalam tubuh.
Sistem peredaran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan .Sistem
ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke
jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem
peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup.
Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat – zat makanan dan oksigen kepada
sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak
dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia mempunyai dua jenis peredaran yang terdiri
dari pada:
1. Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui
arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.
2. Peredaran Sistemik
Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta
ke semua bahagian badan dan balik ke jantung.
Struktur anatomi sistem ini terdiri dari:
a. Jantung
Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di
belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng
dari kanan ke kiri.
Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan
kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil Septum. Lapisan jantung pula
terdiri daripada tiga lapisan yaitu:
P = Pericardium (luar)
M = Myocardium (tengah)
E = Endocardium (dalam)
Jantung mempunyai 4 ruangan iaitu:
2 ruangan di atas dikenali sebagai atrium.
2 ruangan di bawah dikenali sebagai ventrikel.
Diantara atrium dan ventrikel terdapat injap yang
mengawal pengaliran darah di dalam jantung.
b. Saluran darah
1.Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke
atrium kanan.
2.Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan
melalui injap trikuspid (3 kelopak).
3.Penguncupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke
dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.
4.Pertukaran oksigen dan karbon diosida berlaku di paru-paru.
5.Seterusnya darah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.
6.Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral /
bikuspid (2 kelopak) masuk ke ventrikel kiri
7.Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur
aorta untuk dihantar ke seluruh badan.
Denyutan Jantung
Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar
denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.
c. Darah
Terdiri dari:
air (90 – 92) %
zat-zat terlarut (sari makanan, garam mineral, enzim, hormon, zat-zat
sisa, protein plasma, serum plasma)
Protein plasma terdiri dari :
a. Albumin
Berfungsi untuk menjaga tekanan osmosis darah
b. Globulin
Berfungsi untuk membentuk protrombin dan antibodi (serum darah)
c. Fibrinogen
Berfungsi untuk membekukan darah
Serum darah:
Serum darah dibangun oleh senyawa globulin, terdiri dari:
a. Aglutinin
Berfungsi untuk menggumpalkan protein asing (antigen =
aglutinogen)
b. Presipitin
Berfungsi untuk mengendapkan antigen
c. Antitoksi
Berfungsi untuk menghancurkan atau memecahkan antigen
d. Opsonin
Berfungsi untuk menggiatkan sifat fagosit dari leukosit
Golongan darah
Golongan darah ditemukan oleh ahli Imunologi Dr. landsteiner dan
Donath.
Golongan darah manusia dikelompokkan atas 4 macam (dikenal dengan
sistem ABO) berdasarkan perbedaan antigen (aglutinogen) dan antibodi
(aglutinin), yaitu:
1. Golongan darah A
Dalam eritrosit mengandung aglutinogen A dan dalam plasma
mengandung aglutinin b
2. Golongan darah B
Dalam eritrosit terkandung aglutinogen B dan dalam plasma
terkandung aglutinin a
3. Golongan darah AB
Dalam eritrosit terkandung aglutinogen A dan B, dalam plasma tidak
terkandung aglutinin
4. Golongan darah O
Dalam eritrosit tidak terkandung aglutinogen, dalam plasma
terkandung aglutinin a dan b
Mekanisme Transfusi Darah
Dalam proses transfusi darah, beberapa istilah yang berkaitan
dengan proses transfusi darah sebagai berikut:
1. Transfusi = proses pindah tuang darah
2. Donor = orang yang memberikan sejumlah darah ke orang lain yang
membutuhkan
3. Resipien = orang yang menerima sejumlah darah dari orang lain
4. Donor Universal = golongan darah yang bisa memberikan sejumlah
darahnya ke orang lain. Golongan darah yang dimaksud adalah O
5. Resipien Universal = Golongan darah yang dapat menerima sejumlah
darah dari golongan darah lain. Golongan darah yang dimaksud adalah AB
6. Serum = plasma tanpa fibrinogen
7. antigen = aglutinogen merupakan protein asing yang akan
digumpalkan oleh antibodi / aglutinin
8. Antibodi = protein plasma yang dapat menggumpalkan antigen /
aglutinin
9. Aglutinasi = penggumpalan darah akibat ketidakcocokan antara
jenis aglutinogen donor dengan aglutinin resipien
berdasarkan bagan tersebut jelas terlihat bahwa golongan darah O
bersifat sebagai donor universal dan golongan darah AB bersifat sebagai
resipien universal.
Pada pelaksanaan transfusi darah yang penting diperhatikan adalah
pada donor, harus diperhatikan jenis aglutinogennya, sedangkan pada resipien
adalah jenis aglutininnya.
Darah terdiri dari juga dari :
1.Pepejal (sel darah)-40%
2.Cecair (plasma)-60%
Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (5 – 6 liter)
darah.
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih
dan sel pembekuan (platelet).
Plasma
Plasma adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan
mengandungi bahan larut dalam air.Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri
daripada air.
Bahan-bahan larut yang terkandung dalam plasma termasuklah:
1.Garam-garam – bikarbonat, fosfat, klorida dan sulfat bagi
natrium, kalsium dan kalium. 2.Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino dan
lemak. 3.Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin. 4.Bahan-bahan kumuh
terutamanya urea. 5.Hormon.
Sel Darah Merah (Eritrosit)
1.Berbentuk ceper dwicekung.
2.Tidak mempunyai nukleus.
3.Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya.
4.Saiz dan
bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isipadu yang besar dan
ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan
plasma.
5.Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari.
Ia dimusnahkan dalam hati
dan digantikan oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang.
Sel Darah Putih (Leukosit)
1.Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata.
2.Tiap-tiap
leukosit mempunyai nukleus.
3.Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum
tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama lebih kurang 30 jam .
4.Terdapat
berbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.
Ia
memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan
bakteria.
Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk dari luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit
merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak
mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.sel ini
hidup selama lebih kurang 10 hari.
Fungsi darah
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu
badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumuhan.
4. Membawa hormon – hormon.
5. Membawa enzim – enzim.
6. Memberi warna kepada kulit.
7. Mengawal suhu badan.